Tips dan cara untuk menghasilkan sambal belacan yang wangi, sedap dan tahan lama!

Tips dan cara untuk menghasilkan sambal belacan yang wangi, sedap dan tahan lama! Resepi ini dikongsikan oleh Nurulain Insyirah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 6 biji limau kasturi (buang biji).
  • 50g belacan yang telah dibakar.
  • 3 biji cili merah + 1 biji cili hijau.
  • 8 biji cili padi hijau.
  • 25 biji cili padi merah.
  • 100ml air asam jawa pekat.
  • Masukkan sedikit gula dan garam.

Kisar kasar kesemua bahan-bahan diatas dan sesuaikan dengan citarasa anda.

Tips untuk menghasilkan sambal belacan yang wangi, sedap dan tahan lama:

  • Tips 1 – Bakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma.
  • Tips 2 – Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan tahan lama.
  • Tips 3 – Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.
  • Tips 4 – Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Petua supaya tidak sakit perut makan sambal.
Baca juga :  Jom kita cuba menu Sambal Telur Ikan Bilis. Tambah nasi itu pasti punya!

Kredit gambar: Hussin & Daily makan

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.