Cara untuk membuat Bebola Fishcake yang mudah disediakan. Buat sup memang terbaik sangat!

Lepas ni dah tak payah beli fishcake. Buat sendiri jelah kat rumah ye. Masya Allah sedap betul fish cake ni. Haritu duk tengok makanan orang korea. Kakak terus tag resepi fish cake diorang ni atau diorang panggil eumok.

Cara diorang bentuk tu lawa lah sikit. saya susah nak jadi cantiknya sebab bersilat dengan anak sekali. Meh tengok resepi. Terima kasih kepada Cik Sue Zakarian kerana berkongsi resepi mudah dan sedap ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Dori fish fillet. InsyaAllah kat pasaraya ada.
  • Udang dan sotong secukupnya.
  • Sebiji Telur Ayam di ambil putihnya sahaja.
  • Bawang besar satu suku bij dan dipotong.
  • 2 ulas Bawang putih.
  • Setengah cawan Tepung jagung.
  • Setengah cawan Tepung.
  • 1 sudu kecil Gula dan 1 sudu kecil garam.
  • 1 sudu kecil Serbuk lada putih.
  • 1 sudu besar Minyak masak.
  • Carrot, daun bawang dan lada merah secukupnya. Tak letak pun tak ape.
Baca juga :  Resepi Nasi Ayam Mandy. Rasa nasi Dan ayam yang sangat lembut Dan berjus.

Cara-cara untuk membuatya:

  1. Kisarkan kesemua bahan diatas sehingga menjadi halus dan lembut.
  2. Kemudian, cubitkan seperti ingin menggoreng cekodok didalam kuali dengan minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bulatkan comel-comel je.
  3. Goreng sampai warna bertukar kekuningan.  Angakt dah toskan minyaknya.

Siap. Serius sedap sangat. Lain dari bebola yang jual kat kedai tu. Buat sup pun gerenti tak menyesal la. Selamt mencuba ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.