Hujan-hujan ni masak yang simple je. Cuaca sejuk ni malas nak lama-lama kat dapur. Jom cuba menu Ayam Bakar Rosemary hanya guna Air Fryer sahaja! Terima kasih kepada Puan Rozmaliza Omar untuk resepi mudah dan sedap ni. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 keping ayam bahagian paha.
- 1 sd besar serbuk cili Babas.
- 1 sd besar lada hitam tumbuk kasar.
- 2 sd besar sos BBQ.
- 1 sd besar sos tiram.
- 2 sd besar sos blackpepper.
- 2 sdb gula perang.
- 3 sd besar olive oil.
- 2 sd besar rosemary kering.
- Sedikit garam.
- Hirisan lemon perah masa nak makan.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Bersihkan ayam, tos dan ketepikan.
- Dalam bekas besar, gaulkan bahan di atas. Gaul hingga betul-betul rata dan sebati.
- Masukkan ayam yang telah dicuci ke dalam bahan perapan tadi.
- Perap selama 30 minit cucukĀ² ayam supaya bahan perap meresap dalam isi ayam
- Saya bubuh dalam air fryer pastu bakar selama 20 minit suhu 185c.
Selamat mencuba.