Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Mudah dan terlajak sedap.

Menu macam ni best sangat makan dengan nasi putih. Takde lauk lain pun takpe dah. Tapi kalau nak tambah, boleh jer makan bersama telur mata ke telur dadar ke. Yang penting, menu mudah sangat nak buat.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Maryam Hussain. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 biji bawang besar – dikisar.
  • 1 biji bawanh holland – dipotong bulat.
  • 2 biji bawang putih – dikisar.
  • Halia – dihiris / dikisar .
  • Cili merah / capsicum.
  • Lobak merah.
  • Lada hitam – dikisar kasar / ditumbuk.
  • 2 sudu kicap manis.
  • 2 sudu sos tiram.
  • 1 sudu sos ikan.

Cara-cara untuk memasak:

  1. Basuh bersih ayam. Gaul bersama sos tiram, kicap manis, garam dan lada hitam. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi sehingga keemasan / separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan separuh bawang holland yang dipotong membulat tadi kemudiaan masukkan ayam. Tuangkan sedikit air. Selepas itu masukkan sesudu sos tiram, sesudu kicap manis dan sesudu sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula. Hati hati sebab sos ikan dan kicap sudah masin.
  4. Masukkan lobak merah, cili merah, dan bawang holland sehingga mendidih. Sedia untuk dihidang.
Baca juga :  Resepi Kepak Ayam Bersalut Kuning Telur Masin. Menu pembuka selera anda sekeluarga.

Selamat mencuba! Jika bermanfaat, komen dulu dan silakan SHARE.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.