Cara untuk membuat Bebola Kentang Cheese. Penambat Selera yang enak.

Assalamualaikum. Jom makan kudapan yang sangat mengenyangkan. Bebola kentang cheese. Buat sendiri boleh makan panas-panas dan puas-puas. Insha Allah anak-anak suka sangat.

Resepi Bebola Kentang Cheese telah dikongsikan oleh Puan Zura Zul. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 biji kentang yg sederhana – kukus/rebus sampai empuk.
  • 1 cawan tepung gandum.
  • Sedikit garam.
  • 5 tangkai daun bawang – hiris.
  • Black pepper.
  • Lada sulah.
  • 1 sudu marjerin.
  • 2 biji telur.
  • Serbuk roti.
  • Cheese beqa dipotong dadu kecil.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kentang kukus tadi dilenyekkan sampai hancur. Kemudian masukkan garam diikuti dengan tepung gandum.
  2. Masuk bahan lain seperti black pepper, lada sulah, marjerin dan daun bawang. Gaulkan sehingga sebati.
  3. Kemudian, lumurkan tangan dengan sedikit minyak dan buat bentuk bulat ikut besar mana yang kita kehendaki.
  4. Kemudian ambil seketul yang siap di buat bulat tadi leperkan sedikit dan masukkan seketul keju tadi kedalamnya dan bulat-bulatkan semula.
  5. Pukul telur buat 2 bekas. Celupkan bebola tadi dalam telur kemudian gaul dalam serbuk roti. Ulang sekali lagi celup dalam telur & kemudian gaul lagi dengan serbuk roti. Biar bebola tu nampak tebal dengan salutan serbuk roti. Masa nak goreng nanti tak la terkeluar cheese dia.
  6. Dah siap semuanya masukkan kedalam peti sejuk selama 1 – 2 jam. Saya letak kat tempat beku lebih kurang 45 minit.
  7. Kemudian boleh goreng. Gorengkan dalam minyak yang panas sehingga garing masak dan bertukat warna keemasan.
Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Kek Keju Jepun Budget dan Simple

Sedia untuk dihidangkan dihidang. Sedap cicah dgn sos cili, mayonis dan lain-lain sos pencicah yang anda suka. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.