Resepi Puding Cendol Gula Melaka. Makan sejuk-sejuk memang terbaik ah!

Petang ni saya nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Puding Cendol Gula Melaka. Makan sejuk-sejuk memang terbaik ah! Tekak terasa nak makan benda-benda sejuk pulak ni. Jom layannnn.

Bahan untuk Lapisan Cendol:

  • 500 ml air.
  • 175 gram gula halus.
  • 250 ml air.
  • 1 paket serbuk agar-agar ( 10-12 gram ) saya guna 10 gram.
  • 250 ml santan.
  • Secubit garam.
  • 30 gram tepung jagung.
  • 500 gram cendol.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan 500 ml air dengan gula halus sehingga gula larut. Satukan agar-agar dengan 250 ml air dan tuangkan ke dalam larutan air gula tadi. Masak hingga agar-agar larut.
  2. Satukan santan,tepung jagung dan garam. Kacau rata hingga tepung tidak berketul-ketul kemudian tapiskan dan tuangkan ke dalam adunan agar-agar. Masak hingga mendidih dan tutup api.
  3. Biarkan adunan suam sebentar baru masukkan cendol dan kacau rata dan sebati.
  4. Sediakan loyang 10×10 inci. Basahkan loyang dengan sedikit air terlebih dahulu. Tuang adunan cendol tadi ke dalam loyang dan biarkan ianya mengeras seketika.
  5. Setelah puding mengeras, cakar sedikit permukaan atasnya dengan garpu. Sementara menunggu lapisan cendol mengeras, kita sediakan pula lapisan gula melaka.
Baca juga :  Cara untuk membuat Popia goreng berinti ketam. Hidangan minum petang yang terbaik untuk anda!

Bahan untuk Lapisan Gula Melaka:

  • 200 gram gula melaka ( boleh guna gula merah ).
  • 500 ml air.
  • 2 helai daun pandan di simpul.
  • 250 ml air.
  • 1 paket serbuk agar-agar ( 10-12 gram ) saya guna 10 gram.
  • 250 ml santan pekat.
  • Secubit garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan 500 ml air bersama dengan gula melaka dan daun pandan. Bila gula dah larut, angkat dan tapiskan kemudian biarkan ianya sejukkan.
  2. Dalam periuk lain, satukan 250 ml air dan serbuk agar-agak. Masak sehingga agar-agar melarut.
  3. Tuang air gula melaka yang telah di sejukkan tadi. Tuang juga santan dan secubit garam.
  4. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah dan masakkan adunan tadi sehingga mendidih.
  5. Tuang larutan gula melaka di atas lapisan bawah ( cendol ) kemudian sejukkan sehingga keras.
Baca juga :  Dah ada menu kudapan yang sedap? Ini Cara Terbaik Untuk Buat Bingka Labu yang lembut dah rangup diluar.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.