Jom kita masak Nasi Goreng Cina ni. Simple dan tak pedas sangat. Anak-anak pasti suka!

Jom kita masak Nasi Goreng Cina ni. Simple dan tak pedas sangat. Anak-anak pasti suka! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Har Ryea. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Nasi secukupnya.
  • Bawang Putih 5 ulas besar diketuk dengan anak lesung dan dicincang halus.
  • Serbuk Maggi Cukup Rasa 2 @ 3 sudu besar.
  • Minyak Bijan 1 @ 2 sudu besar.
  • Udang secukupnya.
  • Telur Ayam 4 @ 5 biji.
  • Sayur campur 1 mangkuk.

Bahan-bahan diatas bergantung pada berapa banyak nasi kita. Kalau banyak nasinya tambah juga sukatan bahan lain.

Baca juga :  Cara untuk membuat Otak-otak ikan yang sangat berbaloi untuk anda cuba. Sedap sangat!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau dan garing sikit.
  2. Masukkan udang, biarkan ianya masak sekejap.
  3. Ketepikan udang, masukkan telur. Kecilkan api sikit untuk telur masak dengan elok. Kemudian pecah-pecahkan telur tu.
  4. Masukkan Nasi & Sayur campur dan gaulkan sehingga semua bahan rata dan sebati.
  5. Masuk dan taburkan Maggi Cukup Rasa kemudian kacau sekejap.
  6. Masukkan Minyak Bjian & kacau lagi. Boleh rasa jika nak tambah lagi serbuk maggi cukup rasa @ minyak bijan mengikut citarasa dan selera masing-masing.
Baca juga :  Teringin Nasi Briyani? Jangan risau resepi ini gerenti menjadi dan pastinya mudah disediakan!

Alhamdulillah, dah siap. Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.