Dalca Ayam dan Sayuran ni memang sesuai untuk jadi menu utama hari ini! Jom cuba.

Harini saya nak kongsikan Dalca Ayam dan Sayuran. Kena sangat lah makan dengan nasi beriani atau nasi panas-panas. Gabung pula dengan ayam masak madu. Perghhh sedapnya. Terima kasih kepada Hana A Razak untuk resepi yang sedap ini.

 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 biji bawang merah.
  • 2 biji bawang putih.
  • 1/2 inci halia.
  • 2-3 biji bunga lawang.
  • 1 batang kulit kayu manis.
  • 1/2 peket serbuk kari ayam daging.
  • 2 keping Asam keping.
  • Ayam secukupnya.
  • Kacang panjang, Terung, Carrot.
  • Garam sedikit.
  • Santan mengikut kepekatan yang dikehendaki.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang dan halia yang dihiris. Masukkan sekali bunga lawang dan kulit kayu manis.
  2. Masukkan rempah kari. Saya bancuh siap dengan sedikit air dulu, buat macam pes. Tutupkan periuk, biarkan pes tu betul-betul masak sampai naik minyak. Kacau selalu supaya tak hangit dekat bawah tu.
  3. Masukkan ayam, saya masukkan sikit macam ayam bahagian tulang. nak bagi rasa sedap lagi. Biarkan air ayam keluar sekejap. Korang nak guna daging pun sedap jugak.
  4. Lepas air ayam dah keluar, masukkan air dan santan. korang agak lah santan tu nak pekat ke cair ke.
  5. Masukkan Asam keping dalam 2 keping. Basuh lah dulu ya. Bila dah mendidih boleh masukkan sayuran.
  6. Masukkan terung dulu. ikut korang lah nak potong gaya macam mana kan. Lepas tu masukkan carrot. Carrot dan terung hampir masak lembut elok, baru kan kacang. akhir sekali. kacang tak payah lama sebab nanti dia masak sendiri dalam tu. Jadi lembik.
  7. Dah jadi warna macam kacang nya terus tutup api. nanti kacang berubah warna sendirinya. Jangan lupa garam secukupnya ya.
Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Masakan Daging Dendeng yang terpadu.

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.