Nasi Tomato ni sedap bila digandingkan bersama Ayam Masak Merah dan Jelatah Timun!

Kami kongsikan kepada anda resepi yang dikongsikan oleh Puan Zadariah Zakaria untuk cara lengkap Nasi Tomato Kukus bersama Ayam Masak Merah dan Jelatah Timun. Sedap beb! Masak sekali harung je semua. Lambat basi kalau masak nasi cara kukus ni. Jom la cuba ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah: Sediakan pengukus.

  • 3 cawan beras. Basuh dan toskan. Kalau guna beras basmathi, rendam 30 minit, basuh dan toskan.
  • 1 ulas bawang merah ditumbuk.
  • 1 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 cm halia ditumbuk.
  • 2 sudu makan minyak sapi @ marjerin.
  • Rempah 4 sekawan tak perlu banyak.
  • ½ tin tomato puri. Saya guna duChef tin 220gm.
  • 2 sudu makan gula @ ikut citarasa sendiri.
  • 1 sudu teh garam@ ikut citarasa sendiri.
  • Secubit aji (option).
  • ⅓ tin susu cair.
  • 2½ cawan air.
  • Daun pandan.

Cara-cara menyediakan nasi kukus tomato:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk bersama rempah 4 sekawan sehingga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan-bahan lain. Masak sehingga mendidih dan masukkan bersama beras ke dalam pengukus.
  3. Kukuskan selama 15 minit. Buka penutup sebentar dan gemburkan nasi kemudian sambung kukus sehingga masak.
Baca juga :  Cara untuk membuat Asam Pedas Padu Ikan Pari. Rasa sekali pasti tak cukup nanti!

Bahan-bahan untuk Ayam Masak Merah:

  • 1 ekor ayam @ bahagian yang anda suka. Bersihkan kemudian letak garam, kunyit dan goreng seketika tak perlu terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  • 3 labu bawang besar.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 1 ruas lengkuas.
  • 1 ruas halia.
  • 2 batang serai.

Kisar halus kesemua bahan diatas.

  • Rempah 4 sekawan.’
  • 1 senduk kecil cili kisar.
  • ½ tin tomato puri (baki dari masak nasi tadi).
  • 1 batang carrot (yang dikisar halus bersama air).
  • 2 sudu makan sos tomato dan 1 sudu makan sos cili.
  • 4 sudu makan gula perang dan 1 sudu teh garam.
  • ½ sudu teh serbuk secukup rasa.
  • ⅓ tin susu cair.
  • Minyak untuk menumis.
  • Daun pandan.
  • 2 labu bawang besar dipotong bulat dan Daun bawang jika suka.

Cara-cara untuk membuat Ayam Masak Merah:

  1. Tumiskan bahan kisar serta 4 sekawan dan daun pandan sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, tomato puri, sos tomato, sos cili. Masak sampai pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan carrot kisar dan ayam. Tambah 1 cawan air jika terlalu kering. Renihkan sebentar.
  4. Masukkan susu cair dan perasa-perasa lain. Masak sampai pecah minyak. Sesuaiakan kepekatan kuah yang anda nak.
  5. Akhir sekali masukkan bawang potong dan daun bawang. Masak sekejap dan tutup api.
Baca juga :  Dah rasa belum Nasi Goreng Bunga Kantan ni. Kewangian dan kesedapanya pasti membuka selera anda!

Bahan-bahan untuk Jelatah Timun:

  • 1 batang timun dan 1 batang carrot.
  • 1 labu bawang besar dan 1 biji cili merah.
  • Potong ikut citarasa anda.
  • 1 sudu makan gula dan 2 cubit garam.
  • 1 sudu makan sos cili dan 1 sudu makan cuka.

Cara-cara untuk membuat Jelatan Timun:

  1. Campurkan  kesemua bahan dan gaul hingga sebati.
  2. Boleh tambah cili padi jika suka pedas dan nanas jika suka.

Siap untuk dijamah bersama nasi tomato dan ayam masak merah tadi. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.