Resepi Puff Sardin untuk minum petang anda. Resepi paling simple dan senang dibuat!

Puff sardin untuk minum petang harini.. Resepi paling simple dan senang untuk dibuat. Guna kulit pastry segera je. Bahan utama cuma kulit pastry dan sardin. Bahan sampingan bawang=bawnag dan cili untuk masak sardin dan sebiji kuning telur untuk di sapu atas pastry. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Mastura Razali. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kulit pastry yang kecil ada 10 kepin.
  • Sardin.
  • Bawang putih dan Bawang holland.
  • Cili.
  • Sebiji telur kuning.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Hancurkan sardin. Tumis bawang putih, bawang holland dan cili sehingga garing. Kemudian baru masukkan sardin tadi.
  2. Masak sampai agak kering. Perasakan dengan garam dan gula.
  3. Letakkan inti atas kulit pastry.
  4. Lipat dan tekan hujung menggunakan garfu.
  5. Sapu kuning telur pada pastry. Taburkan juga pasley jika ada.
  6. Bakar pada suhu 200°c sehingga masak dan garing.
Baca juga :  Resepi Roti John bersama intinya yang sangat padu dan menyelerakan.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.