Teringin nak makan Bengkang Gula Merah Tak? Ini resepi dan cara untuk membuatnya!

Hari ni kita nak makan bengkang tepung beras gula merah pula. Di bawah ni saya share sekali lagi resepi BENGKANG TEPUNG BERAS GULA MERAH untuk manfaat semua yang membaca. Selamat mencuba. Resepi ini adalah kepunyaan Shah Shatry.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung beras.
  • 1 cawan tepung gandum.
  • 7 cawan santan. Saya guna santan fresh baru sedap & berlemak.
  • 1 cawan gula.
  • 1 cawan gula merah.
  • Sedikit garam untuk melemakkan kuih.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan ke semua bahan-bahan di dalam 1 bekas, kemudian gaul sehingga gula hancur & semua sebati.
  2. Tapiskan kemudian panaskan sekejap di atas api yang sederhana. Kacau tanpa henti sehingga adunan menjadi sedikit pekat. Bila dah tutup api, still kena kacau lagi.
  3. Sebelum tu panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit suhu 180°C & sapukan minyak di sekeliling loyang.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang kemudian bakar adunan pada suhu 180°C selama 1 jam @ sehingga masak ikut oven masing-masing. Saya bakar 1 jam setengah. 15 minit terakhir tu, pada 10 minit, saya bakar guna api bawah sahaja kemudian 5 minit yang terakhir saya tukar api atas sahaja pulak.
  5. Bila dah masak, keluar dari oven kemudian sejukkan terlebih dahulu baru potong. Siap untuk di hidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuah Rojak. Petang nanti bolehlah anda semua makan rojak buah.

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.