Cara untuk membuat Popia Goreng Sira yang garing dan tahan lama tanpa lemau!

Assalammualaikum semua dan selamat petang. Jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Faizah Md Zain untuk membuat popia pedas meletop ni. Menurut beliau keranggupan popia ni mampu bertahan berjam lamanya dan resepi ni beliau gunakan untuk berniaga. Semoga bermanfaat ye pada semua. Selamat mencuba.

Bahan untuk Popia:

  • Kulit popia jenama Pertama secukupnya.
  • Sayur kobis bersama taugeh dan lobak merah secukupnya.
  • Sedikit garam.

Cara untuk membuat popia:

  1. Sagat kobis dan karrot kemudian campurkan bersama tauge. Gorengkan tanpa minyak dan campurkan sedikit garam. Goreng tu untuk bahi bahan-bahan tu layu terbelih dahulu.
  2. Bila sayur tadi dah sejuk bolehlah kita mula membungkus popia.
  3. Bila dah siap bungkus, goreng popia kita sampai kekuning- kuningan dan rangup. Ketepikan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Lapis. Boleh dijadikan kuih untuk berbuka nanti!

Bahan untuk membuat sambal sira:

  • 3 senduk lada mesin. Boleh cukup untuk 40 ketul popia.
  • ┬ásenduk gula pasir.
  • Sedikit garam.
  • 3 ulas bawang putih diketuk.
  • 5 sudu minyak masak.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih dan lada mesin.
  2. Masukkan gula dan garam. Kacau sampai lada tu jadi berbuih dan likat.
  3. Tutup api dan masukkan popia yang dah siap digoreng tadi, kacau sampai lada tu betul-betuk sebati dan menyalut keseluruhan popia tadi. Dah siap!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Baca juga :  Cara untuk membuat Popia Goreng berinti ketam. Menu terbaik untuk minum petang anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.