Cara lengkap untuk membuat Lala masak Asam Pedas. Padu dan terbaik.


Anda semua mesti pernah makan lala rebus kan? Jadi kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara lengkap untuk membuat Lala masak Asam Pedas yang sangat sedap untuk di cuba.

Terima kasih kepada Puan Anne Idzahra yang telah berkongsi cara untuk membuatnya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg lala.
  • 1 labu Bawang besar dihiris tebal.
  • 3 atau 4 ulas Bawang putih dikisar atau tumbuk.
  • 3 sudu besar cili kering kisar.
  • 1 inci Halia kemudian diracik.
  • Sedikit belacan.
  • Air asam jawa.
  • Sedikit garam dan sedikit ajinomoto jika suka.
  • Daun kesum dan cili merah dipotong.
  • Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Cuci bersih lala tadi kemudian toskan. Kemdian, tumiskan hingga wangi bahan kisar dan bahan racik termasuk sedikit belacan.
  2. Masukkan pula cili kering dan tumiskan sekata. Setelah cili tadi garing, masukkan terus air asam jawa. Air tak perlu banyak ye sebab lala akan mengeluarkan airnya nanti.
  3. Kemudian, masukkan sedikit garam sahaja dan ajinomoto. Seimbangkan rasanya supaya tidak terlebih masin nanti.
  4. Setelah air mendidih, masukkan lala, daun kesum dan cili potong. Kacau dan ratakan sekata semua bahan dan boleh tutup api bila dah siap mendidih.
  5. Tutup api, angkat dan sedia dihidang untuk dijamah bersama menu yang lain.
Baca juga :  Cara untuk membuat Asam Pedas Padu Ikan Pari. Rasa sekali pasti tak cukup nanti!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.