Anda suka Ikan Bakar? Ini caranya untuk membuat Bahan Perapan Ikan Bakar Pari paling sedap.

Anda suka Ikan Bakar Pari? Ini caranya untuk membuat Bahan Perapan Ikan Bakar Pari paling sedap. Jom buat! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Erma Azizie. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 ekor ikan pari bersaiz sederhana yang dipotong 2.
  • 2 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih.
  • 10 batang cili kering dibuang biji dan direbus.
  • 3 batang cili besar dan 4 batang cili padi.
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  • Asam keping secukupnya.
  • Daun limau purut dan daun kunyit. Keduanya dimayang halus dan dibuang urat tengahnya.
  • Daun pisang untuk lapik ketika membakar.
  • Aluminium foil secukupnya.
Baca juga :  Sambal Ikan Goreng ni sesiapa pun tak mampu menolaknya jika dipelawa. Sedap beb!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Cucikan bersih-bersih ikan pari kita.
  2. Kisarkan bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar, dan cili padi.
  3. Sediakan kuali bersih, kemudian masukkan minyak dan tumis semua bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing.
  4. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa dan gaul sebati. Kemudian, masukkan pula daun limau purut dan daun kunyit. Okay dah siap bahan perapan sambal kita ni.
  5. Sediakan aluminium foil kemudian lapikkan daun pisang di dalamnya. Ambil sambal perapan letak sedikit di atas daun pisang.
  6. Letakkan ikan pari kita kemudian letak lagi sambal. Balutkan elok-elok dan dah boleh bakar sampai ikan masak. Kalau nak guna oven pun boleh. Saya guna kuali pemanggang ajaib. Dah siap.
Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Bebola Kentang Berinti Keju. Kenikmatan dalam setiap hidangan!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.