Cara untuk membuat Popia Goreng Sira Sambal Manis. Kuih yang sentiasa mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Cara untuk membuat Popia Goreng Sira Sambal Manis. Kuih yang sentiasa mendapat perhatian rakyat Malaysia. Kali kedua buat popia sira sambal manis ni.

Sedap sangat. Jadi Puan Hazirah Zaihan telah berkongsi resepi lengkap ini untuk anda semua mencuba. Terima kasih.

Bahan-bahan untuk inti:

  • Sengkuang secukupnya dan disagat.
  • Lobak merah secukupnya dan disagat.
  • Taugeh jika anda suka.
  • 2 sudu Udang geragau.
  • 5 ulas bawang putih dikisar halus.

Bahan-bahan untuk membuat sira sambal:

  • 5 ulas bawang putih dikisar halus.
  • 5 sudu cili kisar.
  • 1 sudu biji bijan.
  • Sos cili secukupnya.
  • 5 – 7 sudu gula.

Bahan-bahan yang lain:

  • Kulit popia.
  • Bawang goreng secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan udang geragau sebentar. Selepas tu tumiskan sekali dengan bawang putih.
  2. Bila tumisan dah berbau wangi boleh letak sengkuang dan lobak merah. Perasakan dengan garam dan gula. Goreng sekejap bagi sekata kemudian boleh tutup api. Toskan bagi keluar minyak dan lebihan air.
  3. Untuk sambal, tumiskan bawang putih sampai wangi dan masukkan cili kisar. Tumiskan sampai naik minyak baru masukkan sos cili dan serbuk perasa. Jangan masukkan air. Kacau rata baru masukkan gula. Tumis sampai berbuih-buih. Masukkan bijan dan kacau semula. Tutup api dan biarkan adunan sambal tadi sejuk.
  4. Bila inti dah sejuk bolehlah balut dgn kulit popia. Goreng popia yang siap dibalut dengan minyak yang banyak dengan api sederhana. Jangan terlalu kuat.Apabila siap digoreng sejukkan sebentar.
  5. Akhir sekali bolehlah gaul popia dengan sambal sira tadi. Taburkan bawang goreng diatasnya. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Tergoda selera bila tengok gambar. Pasti Spaghetti Aglio Olio akan lebih sedap dengan resepi ini.

Selamat mencuba semua. Semoga bermanfaat.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.