Cara untuk membuat Muruku Mini yang rangup. Sesuai untuk dijadikan kudapan anda sekeluarga.

Cara untuk membuat Muruku Mini yang rangup. Sesuai untuk dijadikan kudapan anda sekeluarga. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hamizah Yatim. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 kampit Tepung muruku 500 gram.
  • 4 kampit Tepungg pulut 500 gram.
  • 200 ml Santan kotak.
  • 1 genggam Jemuju.
  • 1 1/2 sudu makan Garam.
  • 1 peket kecil Serbuk cili
  • 1 biji telur.
  • 5 sudu makan Planta dicairkan dan sejukkan.
  • Air secukupnya.
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara membuatnya mudah sahaja:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak menggoreng. Gaulkan bersama air yang dimasukkan sedikit demi sedikit.
  2. Pastikan adunan jangan terlalu lembik atau keras. Kemdian gunakan acuan muruku dan cetakkan mengikut saiz muruka yang kita nak. Jadi buat kecil-kecil je nama pun muruku mini kan.
  3. Bila dah siap buat bentuk boleh goreng sehingga perang dan garing. Pastikan suhu api sentiasa dijaga untuk mengelakkan muruku kita hangus. Kalau api besar sangat nanti tak bahagian dalam masih basah dan tak rangup.
  4. Bila dah siap goreng, angkat dan tunggu sejuk barulah disimpan dalam bekas kedap udara.
Baca juga :  Kacang Goreng Pedas guna 4 bahan sahaja. Kudapan raya yang laku keras!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.