Cara untuk membuat Horlicks Famous Amos Cookies. Biskut Raya yang sedap dan mudah disediakan.

Kami nak kongsikan kepada anda Cara untuk membuat Horlicks Famous Amos Cookies. Biskut Raya yang mudah disediakan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Saiful Nasuha. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 buku butter cup.
  • 1 1/2 cawan gula castor.
  • 1 biji telur ayam.
  • 1 penutup esen vanilla.
  • 1 sudu besar soda bikarbonat.
  • 1 sudu besar baking powder.
  • 1 cawan minyak masak.
  • 3 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1 1/2 cawan tepung jagung.
  • 1 1/2 cawan horlicks.
  • 1/2 cawan susu tepung.
  • 1 cawan almond nibs. Bakar dahulu dalam 5 minit.
  • 1 cawan beryls milk choc coin.
  • 1/2 cawan dark choc chip.
  • 1/2 cawan caramel chip.
Baca juga :  Resepi Lengkap untuk membuat Donut Gebu Gebas.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan butter, gula castor, telur & esen vanilla. Kacau dengan senduk hingga sebati.
  2. Masukkan horlicks, susu tepung, soda bikarbonat, baking soda, tepung gandum & tepung jagung. Kacau hingga sebati.
  3. Kemudian tuangkan minyak sedikit demi sedikit sehingga adunan konsisten. Kacau lagi. Adunan akan menjadi sedikit lembik tapi jangan risau.
  4. Masukkan choc coins, almond nibs, dark choc, caramel chip. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam chiller dalam 15 minit.
  5. Cubit atau masukkan ke dalam piping bag. Bakar pada suhu 150 degree selama 15 minit.
  6. Siap untuk disimpan atau dihidang bila perlu.
Baca juga :  Cara untuk membuat Biskut Chocolate Chip Ala-ala Famous Amos. Persiapan raya anda pasti lengkap dengan Biskut ini.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.