Cara untuk membuat Biskut Mama Carrie. Kuih raya yang sentiasa dicari oleh kita semua.

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Biskut Mama Carrie. Kuih raya yang sentiasa dicari oleh kita semua. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Akmal Mustaffa. Terima kasih.

Tak ramai nak buat biskut ni sebab renyah, makan masa. Silap teknik royal icing je fedup hihi. Ok im sharing my resepi so kalau nak buat ikut betul-betul resepi jangan derhaka tau.

Bahan-bahan untuk biskut:

  • 250 g butter.
  • 115 g gula ising.
  • 150 g tepung jagung.
  • 350 g tepung gandum.
  • 25 g susu tepung.
  • 1 biji kuning telur.

Bahan untuk Royal icing:

  • 2 biji putih telur.
  • 175 g gula icing.
  • 2 sudu makan tepung jagung.

Cara untuk membuatnya:

  1. Butter, gula dan kuning telur dipukul-pukul manja pakai senduk kayu je.
  2. Bila dah sebati masuk bahan-bahan tepung. Mula-mula masuk tepung jagung dan ulikan.
  3. Bila dah uli sebati masukkan tepung gandum sampai boleh uli adunan tu tak lekat di tangan. Gelekkan adunan and terap/tekap ikut bentuk acuan.
Baca juga :  Kuih Kasui Pandan guna acuan lompang. Kuih orang lama yang memang menyelerakan!

Cara-cara untuk membuat royal icing:

  1. Pukul telur putih sampai bertanduk. Masukan gula icing dab putar sampai berkilat and likat.
  2. Selepas tu masukkan tepung jagung 2 sudu dan pukul sampai bahan-bahan ni kalau terbalikkan bowl tak jatuh yer.
  3. Pipe atas biskut yang diterap/tekap tadi guna piping bag. Deco la ikut kepuasan hati hihi.
  4. Bakar biskut pada suhu 150 darjah selama 15 minit. Jaga suhu dan bila dah setengah masak turunkan suhu bergantung oven masing-masing.

Selamat mencuba ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.