Cara untuk membuat Kuih Putu Kacang. Kuih tradisi yang makin susah nak jumpa ketika beraya.

Mak sibuk menyiapkan tempahan putu kacang. Lagi 1 minggu nak raya. Macamni la setiap tahun. Minggu depan nak start buat kuih bahulu plak. Walaupun dah 76 tahun umur mak, tapi tetap gigih buat kuih raya tradisional. Alhamdulillah, rezeki setiap tahun bila time nak raya.

Resepi putu kacang ni telah dikongsikan oleh Koleksi 50 Resepi. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg kacang hijau yg telah dibuang kulit.
  • 1 kg gula halus di ayak.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kacang hijau digoreng tanpa minyak kemudian dibiarkan sejuk seketika.
  2. Cuci bersih dan toskan sehingga kering dan kisar halus kacang tadi dan ayakkan.
  3. Tambahkan gula halus yang telah diayak kedalam adunan kacang hijau tadi dan gaul hingga sebati.
  4. Biarkan semalaman untuk adunan menjadi sebati dan lembab.
  5. Bila dah semalam, ambil adunan tadi dan tekan dalam acuan putu kacang.
  6. Susunkan adunan yang telah ditekan dalam talam dan jemur sehingga kering.
  7. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Resepi untuk Membuat Kuih Tepung Talam Gula Merah

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.