Cara untuk membuat Mee Lidi goreng yang mudah tapi sedap sangat. Terbaik!

Tulah tadi rasa nak makan ikan cicah air asam tetiba tukar menu la kita. Jadi menu makan malam kita harini buat mana ada kat rumah jelah.

Jadi Cik Sue Zakaria nak kongsikan kepada anda Cara untuk membuat Mee Lidi goreng yang mudah tapi sedap sangat. Terbaik!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Lada kering di kisar.
  • 1 labu bawang merah di kisar.
  • 3 ketul bawang putih di kisar.
  • Udang dan ayam secukupnya.
  • Bebola ikan secukupnya.
  • Sayur sawi dan taugeh secukupnya.
  • Sos cili dan sos tiram.
  • Kicap manis dan gula secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Kam Heong. Kesedapan sehingga menjilat jari

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mee lidi tu kita siap rebus dulu tau. Jangan rebus lama sangat ye mee ni. Agak-agak dah lembut tu dah boleh toskan airnya.
  2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi. Dah agak naik bau dan pecah minyak letak ayam, udang dan bebola ikan. Kalau masa ni kering air dia, tambahlah air sikit ye.
  3. Kemudian bila dah masak udang semua tadi kita masukkan sos tiram, sos cili dan kicap secukupnya. Letak gula sekali ye. Tak letak garam sebab kicap tu dah ada masin-masinnya. Kacau-kacau kejap terus letak mee lidi dan sayur kita. Goreng lagi bagi masak bila dah puas hati cukup rasa semuanya boleh angkat dah hidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuah Mee Rebus yang tersedap dan mudah disediakan. Cubalah!

Ok dah siap, Alhamdulilah sedap. Simple tapi cukup rasa insya Allah. Nak kaw lagi makan mee sikit gigit kopok ikan keping sekali. Pergghhhh mabeles.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.