Cara untuk membuat Chocolate Bubble Rice dengan 3 bahan sahaja. Mudah dan pasti laku keras nanti!


Dah jenuh nak buat apa pun tak tahu. Tengoklah 2 hingga 3 bulan lepas kakak share buat bar coklat bubble rice ni..
mudah yang amat. Ramai yang suka rupanya kudapan ni. Jom la cuba semua.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Sue Zakaria. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bubble Rice secukupnya.
  • Minyak masak.
  • Coklat Beryl’s.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Double boil kan coklat milk compound. Kita pakai beryl’s punya. Letak minyak masak sikit. Semua agak-agak je bahan sebab ikut tekak dan keluarga nak makan banyak mana.
  2. Dah siap ketepikan dan bagi dia sejuk sebentar. Kemudian, bakar bubble rice dalam over 10 -15 minit pada suhu 130 darjah celcius untuk bagi dia rangup sedikit.
  3. Tuang coklat yang dah sejuk tu dulu then baru letak bubble rice. Bubble rice pun bagi sejuk dulu baru letak atas coklat. Ketuk-ketuk bagi bubble rice jatuh ke bawah.
  4. Lepas tu tuang lagi coklat bagi dia meliputi bubble rice putih tu. Dah siap letak dalam peti sejuk cepat sikit keras.
  5. Bila dah sejuk tu baru keluarkan dan potong je. Dan apa lagi boleh dihidangkan kepada ahli keluarga anda. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Popcorn Karamel. Mudah, Sedap dan pastinya disukai anak anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.