Cara untuk membuat Kuih Tepung Bunga. Kuih Tradisional daripada Terengganu.

Pagi ni tekak duk teringat kuih tepung bunga yang dah berbulan tak buat. Biasalah hujan-hujan ni rasukan lapar dia lain macam. Dengan perut anak sekali terkena rasukan tu. So terjadilah kuih tradisional orang ganu kiter ni. Simple tapi tulah sedap sangat. Rasa dia berlemak-lemak kenyal.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Sue Zakaria. Terima kasih ya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 1/2 cawan tepung pulut.
  • 1/2 sudu garam.
  • 3/4 cawan santan.
  • Telur ayam 2 biji.
  • Gula secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan tepung pulut tu dengan garam dan masukkan sikit demi sikit santan. Agak-agak doh tu tak melekat kat tangan dah ok lah tu. Nampak berkilat cantik dah siap dah tu doh kita.
  2. Ambil sikit-sikit doh tadi gentel bulat-bulat lepas tu tekan kat tengah. Kita tak pndai sangat nak buat cantik-cantik. Memang tangan tak berseni.
  3. Lepas tu telur yang 2 biji tadi. Pecahkan siap-siap dalam mangkuk. Then letak je si bunga tadi dalam telur tu.
  4. Goreng ler doh tadi dalam minyak yang panas. Jangan lupa api kena slow je jangan kuat sangat ye.
  5. Bila dah siap goreng angkat dan toskan minyak. Kemudian, taburkan gula bila dah masak tu. Dah siap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Cucur Jagung yang Rangup

Tak cukup biasanya buat sikit. Pekena dengn kopi plak MasyaAllah shedappp. Jangan lupa dah siap ucap alhamdulilah ye. Selamat mencuba.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.