Resepi Mee Goreng basah yang boleh bikin anda Ketagih.

Mesti ramai peminat mi goreng kat sini kan? Ala mamak pun ye. Ada yang suka versi basah-basah gitu. Tapi bukan banjir. Rasa salutan bahan dekat urat mi tu boleh buat rasa tak nak berhenti makan. Bahaya sungguh. Tak percaya cubalah masak ikut resepi ini. Okay jom tengok resepi di bawah. Kuantiti 1/2 paket mi kuning.

Cara-cara untuk membuatnya:

1. Tumbuk bahan di bawah:

  • 2 biji bawang merah saiz syiling 20 sen.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 2 tangkai cili padi merah.

2. Panaskan sedikit minyak. Tumis sehingga wangi bahan tumbuk tadi.

3. Kemudian masukkan isi ayam yang dihiris nipis serta lebar. Selepas dua minit, tuangkan;

  • 1 sudu besar kicap pekat.
  • 5 sudu besar kicap lemak manis.
  • 5 sudu besar kicap cair.
  • 1 sudu besar kicap sotong.
  • 4 sudu besar sos cili Life.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Masam Manis

4. Masukkan pula seekor sotong. Tambahkan 1/2 cawan kecil air.

5. Seterusnya tos bersih 1/2 plastik mi kuning dan masukkan ke dalam kuali.

6. Perasakan dengan satu sudu besar gula ( kurangkan jika perlu) dan secubit garam.

7. Setelah urat mi melembut, masukkan udang. Selepas seminit dua, pecahkan sebiji telur. Gaul sebati. Pastikan ada baki kuah dalam mi. Jika kering, masukkan sedikit air lagi sebelum dipecahkan telur.

8. Terus masukkan sawi, taugeh dan hirisan cili merah. Kacau seminit sebelum ditutup api.

9. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal cili dan keropok ikan. Perah asam limau sebelum dimakan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Afy Al-Habibi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.