Resepi Mee Rebus Utara. Kesedapan kuahnya yang pekat padu memang tidak dapat dinafikan lagi!

Buat makan-makan dengan family ja. Elok sudah masak, hujan turun dengan lebat-selebat lebatnya. Lagi la nikmat menikmati di kala hujan ni. Hirup pula kuah panas-panas tu. Merecik sedap baq hang. Resepi ini telah dikongsikan oleh Shah Shatry. Terima kasih.

Bahan-bahan untuk 1 bungkus mee:

  • Daging secukupnya.
  • Ubi keledek 3 biji sederhana besar.
  • Ubi kentang 3 biji.
  • 6 tangkai cili kering yang direbus*.
  • Sedikit kacang yang disangai & dikisar kering.
  • 1 batang serai dititik.
  • 4 biji bawang merah*.
  • 2 ulas bawang putih*.
  • 1/2 inci halia*.
  • Sedikit udang kering*.
  • Sedikit rempah kari daging.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebuskan daging terlebih dahulu sehingga empuk. Jangan buang air rebusan tu tau.
  2. Rebuskan ubi keledek & ubi kentang & kisar halus ubi tu kemudianya.
  3. Kisar bahan yang bertanda * diatas. Tumiskan serai, bahan kisar & rempah kari daging sehingga pecah minyak kemudian, tuangkan ubi yang dikisar ke dalam periuk bersama air rebusan daging.
  4. Masukkan kacang kemudian tambahkan sedikit air jangan terlalu cair atau pekat ye. Perasakan dengan garam & gula dan masak sehingga mesra dan kena dengan selera anda.
Baca juga :  Resepi untuk membuat Congo Bars. Mudah sangat untuk dibuat untuk keluarga!

Bahan-bahan hiasan:

  • Telur rebus, Daun sup & daun bawang.
  • Cili besar dihiris serong.
  • Bawang goreng, Takua, Taugeh dan Limau nipis.

Resepi ambil dari group ni juga. Terima kasih tuan empunya resepi. Kalau ikut resepi ni guna daging. Di rumah stok daging habis. Yang ada ayam ja. Nak keluar beli malas. Jadi guna la ayam pengganti daging. Kalau guna daging lagi sedap. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.