Cara untuk membuat Mee Kuah Cara Kelantan. Sedap sehingga ke hirupan sup yang terakhir!

Ada daging orang bagi. Ngam sangat kalau buat mee kuah kelate style sebab air daging tu manis. Jom la kita cuba sama-sama. Pasti tak rugi punya. Sedap sehingga ke hirupan sup yang terakhir tau. Selamat mencuba resepi yang telah dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 bungkus mee kuning.
  • Daging secukupnya dan dihiris nipis. Boleh tambah lauk-lauk lain jika suka.
  • 7 ulas bawang putih ditumbuk.
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk.
  • 1 ketul kiub daging @ ayam.
  • Sayur-sayuran seperti kobis, sawi, carrot dan tomato.
  • Cili merah besar.
  • Telur ayam secukupnya.
  • Garam dan gula secukupnya.
  • Sedikit Kicap sotong. Kalau tak ada tak apa.
Baca juga :  Cara untuk membuat Mee Sanggul Goreng Basah. Kesedapan yang lain dari yang lain. Mesti cuba tau!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan bawang putih dan lada hitam sehingga wangi dan menjadi perang.
  2. Masukkan daging dan lauk-lauk lain. Tunggu sehingga air daging keluar baru masukkan air. Biarkan ianya mendidih seketika.
  3. Masukkan kiub ayam @ daging. Pecahkan telur sebiji-biji. Biarkan telur tadi separuh masak.
  4. Kemudian masukkan sayur-sayuran. Akhir sekali masukkan garam, gula dan kicap sotong secukup rasa.

Nak masukkan mee ke dalam kuah terus pun boleh. Tapi kena terus makan nanti mee kembang. Atau nak celur mee dan asing kuah pun boleh. Boleh juga dihidangkan bersama dengan cili jeruk dan serbuk lada sulah. Selamat mencuba.

Baca juga :  Resepi dan Cara Membuat Mee Wantan Kicap Yang Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.