Cara untuk membuat Kuih Keria Gula Putih sebagai kudapan petang anda.

Rasanya semua dah reti buat kuih keria kan? Yang sis buat ni dah macam donut menyamar jadi kuih keria nampaknya. Tapi sebenarnya memang kuih keria tau.

Ni Puan Nor Azliza Mohamed nak share resepi keria bagi mereka yang tak biasa buat. Kalau dah reti nanti boleh buat untuk suami dan anak-anak pula.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 biji ubi keledek oren/kuning sederhana besar direbus dan dilenyek.
  • 1 sudu besar tepung beras.
  • Tepung gandum secukupnya.
  • 5 Sudu besar gula.
  • 2 Sudu besar air.
Baca juga :  Kudapan minum petang untuk anda. Cekodok Stick!

Cara menyediakan adunan kuih keria:

  1. Satukan bahan-bahan di atas dan gaulkan sehingga sebati. Pastikan adunan tak lembut sangat dan tak keras sangat ya.
  2. Ambil sebiji doh, dan bulatkan dan dibentuk seperti kuih keria dengan membuat lubang ditengahnya.
  3. Panaskan minyak dan gorengkan kuih keria, balik-balikkan hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan.
  4. Masakkan gula dan tambahkan air sehingga gula pekat dan berbuih-buih.
  5. Masukkan kuih keria tadi dan kacau rata sehingga gula menyaluti kuih keria tadi. Terus kacau rata sehingga kerak gula melekat di keria.
  6. Matikan api dapur dan bolehlah dihidangkan.
Baca juga :  Cara membuat Kuih Badak Berendam

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.