Resepi dan Cara untuk membuat Kuih Qasidah Terengganu yang sedap

Qasidah Terengganu berlainan sedikit dari qasidah negeri-negeri lain. Kami guna santan. Lagi lemak & berkrim rasanya. Cubalah buat, ini resepi Kuih Qasidah Terengganu. Terima kasih Puan Shai Anne Ahamed untuk resepi sedap ini.

Bahan-Bahan yang diperlukan adalah:

  • 1/2 kg tepung gandum disangai, digoreng tanpa minyak dan disejukkan.
  • 400 gram gula pasir.
  • 700 ml santan.
  • 8 biji telur ayam dikacau hingga rata.
  • Sehelai daun pandan.
  • 2 sudu makan minyak sapi.
  • 10 ulas bawang merah dimayang halus dan digoreng hingga kuning. Simpan minyak bekas menggoreng ini ya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Biskut Chocolate Chip Ala-ala Famous Amos. Persiapan raya anda pasti lengkap dengan Biskut ini.

Cara untuk membuat Kuih Qasidah:

  1. Tepung digoreng dulu bagi bau wangi dalam 10 minit. Bila dah sejuk, campurkan gula, santan, telur dan garam. Kacau hingga sebati. Adunan tadi akan kelihatan seperti dalam gambar atau mcam kuih dadar ye dan jangan lupa TAPISKAN.
  2. Kacau atas api perlahan sehingga adunan menjadi berketul. Baru masukkan minyak sapi. Kacau lagi sampai menjdi doh lembut seakan doh kuih semperit.
  3. Kacau lagi lebih kurang 20 minit. Bila dah siap boleh dibentukkan. Saya guna acuan semperit.
  4. Hiaskan bersama bawang goreng.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Bom atau Kuih Bijan

Selamat mencuba. Semasa proses membulat, meleper dan menyepit itu buatlah di atas sekeping plastik agar ia tidak melekat di tangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.