Cara untuk membuat Cokodok Pisang Rangup diluar gebu gebas didalam!

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat menu minum petang terbaik sepanjang zaman iaitu cekodok pisang rangup. Terima kasih kepada Cik Pooja. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 biji pisang saiz besar atau 8 – 10 biji saiz kecil.
  • 2 sudu makan marjerin.
  • 5 sudu makan gula pasir.
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 sudu teh garam.
  • 2 cawan tepung gandum.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gaulkan semua bahan kecuali tepung gandum dan lenyek hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
  3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
  4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
  5. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Baca juga :  Jejari Cekodok Kentang ni memang sedap tau! Anda kena cuba okay. Khas untuk minum petang sekeluarga!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.