Resepi Kuih Semperit Klasik yang super gebu dan cair dalam mulut!

Semperit klasik guna majerin Planta baru dapat rasa yang asli, gebu dan rangup. Jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Rosnah Harun. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan marjerin planta.
  • 1 1/4 cawan gula icing.
  • 1 biji kuning telur.
  • 2 cawan tepung kastard.
  • 2 cawan tepung jagung.
  • 1 cawan tepung gandum goreng tanpa minyak.
  • 1/4 cawan susu tepung.
  • 1 sudu teh vanila.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campur dan pukul planta, gula dan kuning telur hingga kembang.
  2. Masukkan vanila, susu tepung, tepung jagung, kastard dan tepung gandum.
  3. Uli lembut supaya senang tekan dalam acuan.
  4. Bakar pada suhu 160c selama 15 – 20 minit.
Baca juga :  Cara membuat Laksa Johor yang tengah viral ni. Laksa yang lain daripada lain. Cubalah!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.