Cara untuk membuat Kuih Raya Biskut Bangkit Cheese. Sedap, rangup dan cair didalam mulut anda.

Biskut raya kembali “Biskut Bangkit Cheese”. Nak beli dah siap mahal sebab barangnya pun dah mahal. Jadi kita buat sendiri untuk kepuasan sebenar. Dah beli barang lupa acuan tak ada. Nampak botol mineral depan mata so tutupnya jadi mangsa.

Jangan tengok awalnya, tapi tengok kesudahanya. Setiap tahun wajib ada sebab biskut ni sedap sangat-sangat. Rapuh cair dimulut rasa cheese yang puas sangat-sangat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan tepung ubi disangai sehingga tepung jadi ringan dan diayak.
  • 3 cawan tepung jagung diayak.
  • 1 ketul butter cup.
  • 250 gram cream cheese tatura.
  • 1 cawan gula halus.
  • 2 biji kuning telur.
  • 1 sudu kecil baking powder diayak.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
  • 1 ketul cheddar cheese.
Baca juga :  Cara untuk membuat Pau Goreng Inti Kacang Merah yang gebu. Menu minum petang yang senang disediakan!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Putarkan butter bersama gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan cream cheese, esen vanilla dan kuning telur dan putar lagi bagi kembang sebati.
  2. Seterusnya, masukkan tepung sikit demi sedikit dan putar seketika.
  3. Kemudian uli sehingga doh tak melekat pada tangan. Parutkan cheddar cheese dan gaul sebati, bersama doh. Jika doh kurang tepung boleh tambah tepung ubi ye.
  4. Biarkan doh rehat dalam beberapa minit kemudian tekap dengan acuan.
  5. Panaskn oven atau air fryer dan bakar pada suhu 170 darjah selama 30 minit atau mengikut oven masing-masing.
  6. Kalau tak ckup masak ditambah masa lagi biar kekuningan.
Baca juga :  Resepi untuk membuat Biskut Sarang Semut kegemaran kita semua. Biskut popular di Hari Raya.

Siap dah. Korang akan rasa cair dimulut dan rangup-rangup cheese tu bila makan nanti. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.