Cara untuk membuat Kentang Goreng Ikan Bilis. Kesedapan dalam setiap suapan!

Menu yang sangat-sangat simple tapi boleh menambah nasi tanpa menoleh kiri dan kanan. Serius, kite tak main tipu-tipu. Anda semua boleh cuba masak dan rasa sendiri kesedapannya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Kentang 4 biji dipotong tipis.
  • Ikan bilis 5 sudu.
  • Cili padi merah atau cili merah secukupnya.
  • Cili padi hijau atau cili merah secukupnya.
  • 1 labu Bawang besar.
  • 4 ulas Bawang putih.
  • 1/2 biji Tomato.
  • Serbuk kunyit lebih kurang hujung sudu teh.
  • Sedikit Garam.
  • 1/2 sudu teh Serbuk perasa.
  • 1/2 sudu teh Lada hitam.
Baca juga :  Resepi Sambal Telur Ikan Bilis bersama Bebola Ikan. Resepi paling senang untuk di cuba di bulan Puasa.

Cara -cara untuk memasaknya:

  1. Gorengkan kentang dan ikan bilis. Kemudian dengan menggunakan sedikit minyak dalam anggaran 2 atau 3 sudu besar, tumiskan bawang putih, bawang merah, cili merah, cili hijau, tomato. Tumiskan seketika sehingga naik bau.
  2. Setelah masak, masukkan garam, lada hitam, kunyit, serbuk perasa. Masak dan gaul sekata kesemuanya.
  3. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan kentang. Gaul hingga semua sebati dan masak sehingga puas hati. Angkat dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.