Resepi dan cara buat Ikan Tenggiri Masak Kicap Soya Chinese Style yang super sedap!

Ikan Tenggiri Masak Kicap Soya (Chinese Style). Teringin pula nak rasa masakan Cina dalam rumah kan? Apa kata kita cuba menu ni? Simple je rupanya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Amanina Matali. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 sudu Sos tiram.
  • 4 sudu Kicap light soy sauce.
  • 4 sudu Dark soy sauce.
  • 2 sudu sweet soy sauce.

Bahan tumisan (dikisar):

  • 2 inci halia dipoting halus.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 4 biji bawang besar.
  • Cili hijau dan merah dipotong.
  • Ikan tenggiri 300gm-digoreng terlebih dulu.
  • tomato -dipotong.
  • 250ml air.
Baca juga :  Resepi Ikan Siakap Masak Stim Lemon yang menggiurkan selera anda.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Goreng bahan tumisan sehingga wangi. Kemudian, masukkan semua kicap. Saya satukan dalam satu mangkuk terlebih dahulu baru masakkan.
  2. Kemudian masukkan air kedalam tumisan tadi dan biarkan ianya mendidih. Bila dah mendidih masukkan tomato dan biarkan sekejap.
  3. Kemudian, masukkan ikan, biar ia mendidih selama 2 hingga 3 minit dan seimbangkan rasa (perasakan mengikut selera anda).
  4. Hiaskan dengan daun bawang dan cili tadi. Dah siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.