Resepi untuk membuat Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang.

Kalau makan ikan tenggiri nih, bahagian ekor la kegemaran. Sampai ketulang saya gigit. Ini bukan lemak cili padi atau lemak kuning tapi masak lemak padang, Sumatera Barat, Indonesia. Sedap tau, Cubalah!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 @ 6 ketul ikan tenggiri.
  • ½ kotak kecil santan.
  • *2 cm halia.
  • *2 cm lengkuas.
  • *1 cm kunyit hidup.
  • *½ biji bawang besar atau 3 biji bawang merah.
  • *3 ulas bawang putih.
  • *2 biji buah keras.
  • *Cili merah 2 batang.
  • Serai 1 batang.
  • Daun salam 1 helai.
  • Tomato 1 biji.
  • Minyak secukupnya.
  • Garam, Serbuk perasa secukupnya.
  • Air 1½ cawan.
Baca juga :  Kalau buat Kerang Pedas Sos Tiram Berempah ni memang buat meratah macam tu je la!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan bahan yang bertanda *. Kemudian, pastikan ikan dibasuh BERSIH Dan lumurkan kunyit dan garam. Goreng ikan sehingga masak.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan halia dan daun salam.
  3. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan air, santan dan masak sehingga sedikit mendidih.
  5. Masukkan tomato dan ikan yang telah digoreng. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak seketika dan bila dah puas hati boleh tutup api.

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Baca juga :  Ada Roti Lebih? Jom kita cuba Cucur Roti Ikan Bilis. Pastinya Tak Cukup Sepinggan Dek Kesedapanya Nanti.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.