Cara untuk membuat Kuih Lopes Pandan balut daun pisang. Kuih tradisi paling padu!

Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kuih Lopes Pandan balut daun pisang. Kuih tradisi paling padu! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamat. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan Beras Pulut di cuci bersih dan di rendam 1 jam.
  • 1 1/2 cawan santan cair ditambah bersama 1/2 cawan air daun pandan.
  • 1 sudu makan air kapur sirih.
  • Sedikit garam.
  • Kelapa parut putih ditambah sedikit garam dan dikukus sekejap.
  • Gula merah, Gula pasir dan┬áDaun pandan disimpul kemudian dimasak untuk jadikan air gula.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Puteri Ayu Cheese yang menjadi rebutan anak-anak anda nanti.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Setelah pulut dah direndam selama satu jam. Tapiskan kemudian tuang ke dalam bekas.
  2. Kemudian, tuang santan cair yang telah dicampur dengan air daun pandan, air kapur sirih dan sedikit garam.
  3. Kukuskan pulut tu sampai masak. Bila dah masak boleh balut dengan daun pisang ikat kiri dan kanan bagi kemas. Biarkan sejuk baru dipoton.
  4. Ok siap untuk dimakan bersama kuah air gula. Perghh padu!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.