Cara paling sedap untuk membuat Kerabu Kerang Siam. Kecur air liur, tengok gambar pun dah sedap!

Cara paling sedap untuk membuat Kerabu Kerang Siam. Kecur air liur, tengok gambar pun dah sedap! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fia Sofia. Selamat mencuba.

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • 1 kg kerang.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 3 sudu besar gula kabung.
  • 2 sudu besar sos ikan.
  • 3 sudu besar air asam jawa.
  • 4 biji limau nipis.
  • 3 tomato dipotong.
  • 1 batang carrot (di potong halus memanjang).
  • 2 ulas bawang merah hiris nipis.
  • 5 biji cili api – ditumbuk.
  • 1 sudu teh serbuk perasa.

Cara-cara membuatnya:

  1. Basuh kerang dan rebus kerang dan 1 sudu kecil garam.
  2. Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut. Itupun antara tips untuk kerang nampak segar. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.
  3. Satukan air asam jawa, ,cili api yang ditumbuk, sos ikan, tomato, serbuk perasa dan air gula kabung dalam bekas yang sesuai.
  4. Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
  5. Akhir sekali perahkan limau kasturi , campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang dah dihiris dan carrot daun ketumbar serta gaul hingga sebati.
Baca juga :  Cara membuat Kerabu Kacang Botol yang sedap

Siap dan sedia untuk dinikmati. Masin, pedas, manis, masam boleh adjust ikut selera masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.