Cara untuk membuat Ayam Goreng Serai Thai yang luar biasa sedapnya.

Bagi yang suka ayam goreng, resepi Ayam Goreng Serai Thai pasti menggamit selera korang. Senang ajelah nak buatnya, rasa sedapnya memang meletop & lain dari kebiasaan ayam goreng. Cubalah!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Khadijah Jaafar. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1/2 ekor ayam dipotong sederhana kecil.
  • 3 batang serai.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 2 akar ketumbar.
  • 2 sudu kecil lada hitam.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar sos ikan.
  • 1 sudu kecil gula.
  • 2 sudu besar telung jagung.
  • Daun limau purut dihiris halus.
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara untuk memasak ayam goreng serai thai:

  1. Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ini supaya bila serai ditumbuk. Seratnya jadi cantik panjang-pajang. Bila goreng nanti jadi rangup.
  2. Bahan tumbuk bagi perapan, bawang putih, akar daun ketumbar dan lada hitam. Tumbuk bahan perapan, tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit tak pe.
  3. Masukkan semua bahan kecuali daun limau purut bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan last skali. Sambil tu carikkan serai supaya tak bergumpal. Nanti bila goreng jadi tak cantik.
  4. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga nampak agak garing. Angkat dan toskan. Sambil-sambil goreng ni baunya harum sungguh, sabar la ye.
  5. Tadaa, dah siap. Nak bagi cantik dan nak tambah kesedapannya taburkan daun limau purut. Cicahkan dengan sos cili thai, rasanya memang padu. Selamat mencuba.
Baca juga :  Resepi Lala masak Hoisin yang sangat menggiurkan! Menu yang pasti anda suka pada suapan pertama.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.