Cara untuk membuat Nasi Beriyani Bangladesh bersama Kari Ayam Padu. Rasanya sedap dan enak dari kebiasaanya!

Maaf tadi post nasi beriyani bangladesh kena remove mungkin sebab saya screen shot perbualan saya dengan mak kat whatsapp tentang cara-cara masak tu. N saya post lain ya. Saya tak pakai rempah beriyani. Ni cara mak saya masak sebab arwah suami mak (abah tiri kami) orang bangladesh.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Emi Zara. Selamat mencuba!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Beras basmathi 2 kg.
  • Sedikit Rempah tiga sekawan.
  • Bawang merah besar 2 biji.
  • Bawang putih 4 ulas.
  • Halia sebesar ibu jari.
  • Minyak sapi 1 sudu besar untuk 2 kg beras.
  • Planta satu sudu besar.
  • Minyak biasa 2 sudu besar.
  • Cili melaka hijau lima biji.
  • Serbuk kunyit 2 sudu KFC.
  • Ayam secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk menyediakan perapan untuk masakan Kambing Grill yang padu dan menyelerakan!

Cara-cara membuatnya:

  1. Tumiskan bawang besar dan bwang putih serta halia ygan dah di tumbuk. Tumbuk bawang putih dan halia saja. Bawang merah hanya dimayang halus ya.
  2. Bila dah naik bau masukkan serbuk kunyit 2 sudu KFC.
  3. Lepastu tuang beras yang dah dibasuh tadi. Gaul-gaulkan dan masukkan ke dalam rice cooker. Masak macam biasa. Letak air macam biasa masak nasi. Jangan lupa letak garam dan sesuaikan rasa dengan selera kita.

Untuk memasak Kari Ayam:

  1. Untuk Kari ayam pula. Saya tak tumis. Saya campurkan kesemua bahan dengan ayam dan minyak sekali pastu tutup letas terus atas api.
  2. Letak air sikit-sikit sambil kacau sampai kering masak. Nak buat dengan daging pun boleh.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng rangup berjus. Menu kegemaran semua terutamanya anak anda.

Siap untuk dimakan bersama nasi beriyani anda tadi. Selamat mencuba. Saya tak pakai santan ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.