Cara untuk membuat Pulut Dakap bersama Rendang Ayam yang super sedap!

Teringin pulut dakap yang merlip merlap tapi sis tak mampu. Alhamdulillah pulut dakap yang ni sis mampu. Ada ke yang suka pulut dakap macam yang sis buat ni?

Bagi yang nak mencuba sis letak resepi ya. Cubalah! Resepi ini adalah kepunyaan Puan Norliza Awang Hamat. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Pulut Dakap:

  • 1 kg beras pulut direndam selama 4 jam.
  • 2 biji kelapa diambil 3 cwan santan pekat.
  • 5 sudu besar gula.
  • Sedikit garam.
  • Daun pisang secukupnya.

Cara untuk membuatnya:

  1. Satukan santan, gula dan garam kemudian masak diatas api sampai semuanya sebati. Kukus pulut sehingga masak.
  2. Masukkan ke dalam bekas dan tuangkan santan yang dimasak tadi dan gaul hingga sebati.
  3. Bila dah suam-suam bolehlah dibungkus dengan daun pisang. Ikat dengan tali bagi kemas supaya pulut tak keluar.
  4. Rebus pulut yang dibungkus tadi sehingga airnya kering.
Baca juga :  Cara untuk membuat Tauhu Sumbat Ayam yang sangat sesuai sebagai juadah sampingan untuk berbuka anda.

Bahan untuk membuat rendang ayam:

  • 1 ekor ayam.
  • Cili kering, cili padi, kunyit, halia, lengkuas, bawang besar, bawang putih, bawang merah, serai. Kesemuanya dikisar kasar.
  • Asam keping, gula Melaka, garam dan serbuk secukup rasa.
  • Daun kunyit, daun limau purut kenudianya kedua ini dihiris halus.
  • Kerisik.
  • Santan pekat.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sukatan saya agak-agak mengikut rasa yang dikehendaki.
  2. Tumiskan bahan kisar hingga sebati dan nampak agak garing masukkan ayam. Gaul hingga rata kemudian masukkan santan pekat, asam keping dan gula melaka.
  3. Dah nampak agak pekat masukkan kerisik dan garam dan serbuk secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
  4. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Masak seketika hingga puas hati.
Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Talam Ubi Kanda. Lembut dan lazat untuk anda cuba.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.