Resepi Pulut Ayam terbaik untuk dicuba

Sedapkan makan pulut dengan ayam. Jadi pemilik resepi ini iaitu Puan Nur Afzan ingin berkongsikan kepada anda cara untuk membuatnya. Kata beliau;

Saya kongsikan resepi pulut ayam ala thai cara saya. Saya halalkan resepi ni untuk semua. Share je tak perlu mintak izin. Cukuplah doakan saya dimurahkan rezeki. Ada kelapangan saya kongsikan resepi lain pula.

Resepi untuk membuat pulut:

  • Pulut 1 kg tak perlu direndam. Cuci seeloknya dan masukkan dalam belanga. Masukkan air hingga menutupi keseluruhan pulut dan kacau perlahan-lahan menggunakan api kecil.
  • Bila air agak-agak kering dan pulut bergumpal alihkan ia ke dalam periuk pengukus. Kukus sehingga masak ya. Insyaallah pulut lembut tak kering.

Resepi untuk menyediakan ayam:

  • Ayam dibasuh elok dan toskan air hingga kering. Jangan berair nanti bahan perapan tak melekat pada ayam. Saya gunakan rempah giling kari daging yang jual dipasar pagi sebanyak 2 sudu.

Tips kenapa saya tak blend bawang dan herba-herba seperti halia sebab nanti bila menggoreng akan jadi berhampas. Jadi guna rempah giling senang semua dah ada dalam dan tekstur halus untuk mudah melekat pada ayam.

  • Secubit garam.
  • Sesedap rasa Maggi.
  • Pewarna sirap rose 1 sudu besar.
  • Kunyit secukupnya.
  • Tepung beras secukupnya.
Baca juga :  Cara mudah dan lengkap untuk membuat Doh Roti Canai. Pasti menjadi punya!

Gaulkan kesemua bahan hingga sebati dan lumur pada ayam. Perapkan lebih kurang 1 jam sebelum menggoreng. Goreng dalam periuk supaya minyak tenggelamkan ayam. Minyak kena banyak. Masak ayam hingga keperangan jangan hitam dan garing nanti rentung.

Resepi bawang goreng:

Bawang dimayang halus. Tips sebelum mayang bawang basuh dulu ye supaya tak banyak air dan toskan. Gaulkan bawang dengan tepung beras. Minyak bawang ni nanti tapis boleh guna untuk goreng ayam pula. Jadi nanti ayam akan berbau wangi.

Resepi Sos Thai:

  1. 5 biji cili besar 3 bji cili thai diblend. Masukkan dalam periuk.
  2. Bancuh 3 sudu tepung jagung untuk lekatkan sos ye.  Masukkan dalam cili yang diblend tadi dan kacau guna whisk atas dapur untuk tak bagi tepung berketul.
  3. Gula, garam dan cuka secukupnya. 3 bahan ni agak-agak ikut rasa yang dikehendaki oleh anda. Masakkan atas dapur hingga pekat.
Baca juga :  Resepi dan Cara untuk Membuat Nasi Ayam Geprek. Kenyang dan puas hati punya!

Siap semuanya. Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.