Cara untuk membuat Kuih Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban. Kuih terbaik untuk anda cuba!

Saya share lagi skali. Baru je siap buat ni. Saya guna loyang saiz 8. Resepi pulut sekaya @ tok aji serban ni memang sedap tau. Bagi yang dah pernah rasa memang tak rugi la. Terima kasih kepada pemilik resepi Tuan Adriana Arissa. Selamat mencuba.

Bahan-bahan lapisan bawah:

  • 300g pulut (rendam 2 jam).
  • 1 1/2 santan cair (anggaran pulut tu tenggelam sikit bila campur santan).
  • 1 sudu kecil garam.
  • Sedikit tepung gandum untuk tabur atas pulut.

Bahan-bahan lapisan atas:

  • 5 biji telur saiz A.
  • 1 cawan santan.
  • 1 sudu besar tepung gandum.
  • 2 ketul nisan saiz sederhana.
  • 2 sudu besar gula.
  • 1/2 sudu kecil garam.
  • 2 helai daun pandan.
  • Sedikit esen vanila. Saya letak untuk elak bau hanyir telur.

Cara-cara membuatnya:

  1. Selepas pulut direndam selama 2 jam. Kukus pulut bersama semua bahan selama 20 minit. Dah masak, Keluarkan pulut dan padat @ tekan di dalam loyang yang digunakan untuk mengukus nanti. Kalau guna loyang yang sama alaskan loyang dengan plastik untuk memudahkan mengeluarkan pulut nanti. Atau boleh sapu loyang dengan sedikit minyak.
  2. Dalam periuk lain. Masak nisan dan gula bersama sedikit air sehingga semua cair. Masukkan daun pandan. Bila dah cair tutup api dan sejukkan.
  3. Kacau telur dalam bekas lain bersama garam dan tepung gandum. Masukkan santan dan nisan yang dicairkan tadi. Air nisan tu tapis dulu takut ada habuk-habuk.
  4. Tabur sedikit tepung gandum ke atas pulut untuk melekatkan bahagian atas dan bahagian bawah bercantum dan tidak terpisah bila masak nanti.
  5. Tuang adunan bahagian atas perlahan-lahan dan boleh la kukus selama lebih kurang 25 minit atau sehingga masak. Tutup periuk pengukus dengan kain. Jika ada air yang bertakung di atas bahagian atas. Boleh diserap menggunakan tisu dapur atau kain.
  6. Bila dah masak tunggu sejuk dahulu baru dipotong. Wajib tau ikut rule yang ni. Barulah cantik kuih kita bila di potong.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak yang sangat enak dan terbaik!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.