Cara-cara untuk membuat Ayam Goreng Kunyit bersama Sambal Lada yang sangat padu!

Alhamdulillah, simple lunch hari ni. Ayam goreng kunyit dan sambal lada. Makan dengan nasi panas-panas memang terangkat, tuang kicap sikit. Fuhh! Jilat jari. Mama Ina share resipi mana tau kot ada yang belom cuba cara ni. Resepi ini adalah kepunyaan Nur Hazlina Othman. Selamat sejahtera.

Cara-cara dan bahan untuk Ayam goreng kunyit:

  1. Potong ayam kecil-kecil. Kemudian campurkan 2 sudu besar tepung jagung, 1 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk kari, sedikit serbuk kunyit dan 1 kiub ayam.
  2. Gaul hingga sebati dan perapkan sekejap. Kemudian, goreng ayam sampai masak.
  3. Masukkan bawang holland, cili besar, Carrot & kacang panjang. Gaulkan dengan ayam tadi tu sekali ye. Kemudian goreng sekejap dan kemudian angkat.
  4. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Roti Sandwich Sardin Celup Tepung. Menu terbaik minum petang dan sarapan pagi anda sekeluarga.

Bahan dan cara untuk membuat Sambal lada:

  1. Bakar belacan & bawang putih. Kemudian, rebus cili kering dan toskan.
  2. Potong dua limau kasturi dalam 4 – 6 biji dan buangkan bijinya. Kemudian, masukkan cili besar merah, cili kering, cili padi, limau kasturi, belacan & bawang putih yang dibakar tadi.
  3. Masukkan garam, gula & cuka dan campur air masak sedikit agak-agak untuk boleh blend & blendkan semuanya sekali. Seimbangkan rasa dan tambah apa yang tak cukup.
  4. Siap dah untuk dimakan bersama ayam goreng kunyit tadi.
Baca juga :  Cara membuat Daging Bakar Ala Thai yang menyelerakan

Semua bahan agak-agak je okay. Sepatutnya sambal ni pekat sikit, tapi telebih air. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.