Cara untuk membuat Kek Batik Coklat dengan 4 bahan sahaja. Rasa memang terbaik!

Resepi ni olah sendiri je tengok dalam google ada yang letak esen vanilla dengan serbuk koko. 4 bahan ni pun dah sedap sangat dah! Memang terasa macam makan coklat daim tu! Dah la feveret fairuz dan anak-anak. Jom tengok macamana cara buat! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fairuz Abu Hassan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Biskut meri secukupnya.
  • Serbuk Milo setengah paket saiz medium. Kalau nak buat banyak lebihkan butter dengan susu.
  • Susu pekat manis setengah tin.
  • Butter 1 buku.
Baca juga :  Pernah Makan Ikan Goreng Masak Cuka? Kalau Belum Ini Cara Untuk Membuatnya Dan Semestinya Berbaloi-Baloi.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Cairkan butter dalam kuali. Lepas dah cair, masukkan susu pekat dan gaulkan hingga sebati.
  2. Masukkan milo dan kacaukan sampai likat dengan api perlahan. Tutup gas, biarkan sekejap.
  3. Patah-patahkan biskut meri dalam bekas. Susun la ikut cara korang sendiri. Kemudian, tuang bahan yang dimasak tadi ke atas biskut. Ratakan sambil tekan-tekan biskut tu bagi mampat.
  4. Biar keras sekejap ataupun masukkan ke dalam peti sampai kek batik mengeras.
  5. Bila dah keras nak potong boleh, nak ngap pakai sudu pun boleh.
Baca juga :  Resepi Nasi Minyak Sunquick yang wangi dan tersangat sedap. Cubalah!

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.