Cara untuk membuat Ayam Bakar Daun Kunyit

Resepi Ayam Bakar Daun Kunyit. Perghhh! Sangat harum semerbak weh bilamana bakar ayam ni. Bila rasa pula macam makan rendang. Sangat recommended bagi cheyah. Jom terjah resepi yang senang namatey.

Bahan-bahan:

  • 1 ketul ayam bahagian dada (suka hati korang la nak yang bahagian mana eh).
  • 2 helai daun kunyit (cheyah dah hiris nipis).
  • 1 batang serai.
  • 2 biji bawang merah.
  • 1/2 inci halia.
  • 1/2 inci kunyit hidup.
  • 1 sudu kecil serbuk kari.
  • Sedikit garam.

Cara penyediaannya:

  1. Opkos la kena blanderkan semua bahan sekali gus kecuali serbuk kari, garam dan daun kunyit.
  2. Bila dah hancur cantik molek. Masukkan dalam ayam dan tambah bahan lain tu. Gaul sebati bagi semua bahan mesra.
  3. Perapkan selama sejam. Lagi lama lagi best. Cheyah perap pagi, petang baru bakar.
  4. Bakarlah suka hati korang nak guna apa. Cheyah guna pemanggang ajaib je. Kalau bakar guna oven pun boleh.
  5. Ok dah settle! Senang gilerr kan. Janji masak simple dan sedap belaka. Selamat mencuba
Baca juga :  Cara untuk memuat Sate Ayam terbaik untuk anda cuba seisi keluarga.

Selamat mencuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.