Cara untuk membuat Kuih Apam Mekar Sunquick. Simple tanpa menggunakan ovalet!

Dah buat macam-macam dengan pati sunquick tak juga habis-habis. Air sunquick sampai ke air vitagen pun dah buat. Hari ni buat apam mekar simple tanpa ovalet pula. Sedap sangat. Anda semua kena cuba ya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Norfazida Gda. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung naik sendiri atau 2 cawan tepung gandum ditambah 2 sudu kecil baking powder (diayak).
  • 1 biji telur ayam.
  • 1/2 cawan gula kastor (boleh tambah).
  • 3/4 cawan susu cair/segar.
  • 1/4 cawan minyak jagung/masak.
  • 1 1/2sb sunquick.
  • Sedikit pewarna oren.
Baca juga :  Resepi mudah untuk membuat Apam Tembilai. Meriah dan kesukaan anak anda!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Putar telur dan gula hingga kembang dan putih.
  2. Masukkan susu cair/segar, putar sebentar. Masukkan sunquick, putar lagi. Masukkan minyak, putar lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, putar hingga sebati. Bahagikan kepada dua bahagian, letakkan pewarna oren pada satu bahagian dan kacau sebati.
  4. Panaskan pengukus. Susun papercup di dalam acuan lompang/muffin/bekas plastik. Sudukan adunan berwarna dan putih mengikut kreativiti masing-masing sehingga hampir penuh papercup.
  5. Bila air kukusan telah betul-betul mendidih, kukus adunan dengan api paling kuat selama 30 minit. Pastikan penutup kukusan dibalut atau bahagian atas kukusan diletakkan aluminum foil. Siap!
Baca juga :  Cara untuk membuat Apam Polkadot yang comel dan gebu. Kesukaan semua orang!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.