Cara untuk membuat Nasi Goreng Cabai Ikan Masin. Rasa sekali pasti rindu nanti!

Simple giler resepi ni tapi sedap bedooh. Nak makan saje boleh. Nak makan letak telur mata pun boleh. Ikut suka la na. Sesuai la jadi menu waktu pdpr ni. Boleh jadi sarapan ka atau menu makan malam. Jom tengok bahan-bahan dan cara buat. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Fairuz Abu Hassan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Nasi putih secukupnya.
  • Ikan gelama masin.
  • Bawang putih 6 ulas dicincang halus.
  • Bawang besar 2 biji dipotong nipis.
  • Cabai hidup sebiji ditumbuk. Nak pedas boleh letak lebih.
Baca juga :  Hujung minggu ni boleh cuba Nasi Planta bersama Ayam Masak Merah dan Acar Timun. Ajak Anak dan Suami bantu bersama!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Goreng ikan gelama masin sampai garing dan hancur. Masukkan bawang putih dan goreng biar garing.
  2. Masukkan setengah dulu bawang besar dan masak sampai layu. Nak bagi keluar manis bawang tu.
  3. Kemudian, masukkan cabai hidup yang ditumbuk dan biar masak sebentar. Letak garam kalau kurang rasa masin.
  4. Akhir sekali letak lebihan bawang besar tadi, jangan biar sampai layu.
  5. Masukkan nasi, kacau dan gaul sebati semua. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.