Cara buat Kuih Seri Muka Nyonya dengan guna acuan lompang. Pencuci mulut berbuka nanti!

Air pandan lebih buat kuih cara semalam ada lebih 2 cawan, hari ni jadikan dia kuih seri muka nyonya pulak. Air bunga telang saya letak dalam pulut yang dah dikukus sampai masak tapi masih panas lepas tu biarkan air menyerap dan pulut sejuk kejap baru saya tekan dalam acuan apam tu. Tambahkan bahagian atasnya dan kukus 20 minit.
Siaplah kuih untuk dessert berbuka petang ni. Buat lebih boleh bagi kat jiran-jiran.

Bahan untuk Lapisan pulut:

  • 2 1/2 cawan beras pulut (rendam sejam).
  • 1 3/4 cawan santan.
  • Sikit garam.
  • 1 helai daun pandan disimpul.
  • 5 kuntum bunga telang masak dgn 1/4 cawan air.

Bahan Lapisan atas:

  • 1 1/2 cawan air daun pandan.
  • 1 cawan santan.
  • 1 cawan gula.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
  • 3 sudu besar tepung kastard.
  • 1 biji telur gred A.
  • Sikit garam.

Blend semua bahan dan masak sekejap atas api, cukup setakat agak pekat/ berasap. Tutup api. Kalau berketul tunggu sejuk lepas tu blend kejap.

Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Bubur Ayam yang paling sedap. Anda pasti puas hati dengan keenakanya!

Cara-cara memasak:

  1. Pulut yang dh direndam tu toskan airnya. Campurkan semua bahan untuk lapisan pulut kecuali bunga telang. Kukus 30 minit. Sementara tu masak bunga telang dengan 1/4 cawan air sampai mendidih dan warna bunga keluar, tapiskan untuk ambil airnya.
  2. Bila pulut dah masak tuangkan air bunga telang pada pulut yang panas, gaul sikit-sikit supaya bahagian bawah pulut kena air bunga telang. Biarkan sejuk kejap.
  3. Sapu acuan dengan minyak masak. Ambil sikit pulut tekankan dalam acuan. Saya pakai sarung tangan plastik dan tekan dengan tangan lebih mudah daripada guna sudu.
  4. Tuangkan bahagian atas dalam acuan berisi pulut. Kukus 20 minit. Bila dah masak sejukkan kejap sebelum keluarkan.
  5. Cara nak keluarkan kuih dr acuan – tekan sikit kat tepi-tepi acuan ambil 1 lidi satay selitkan kat tepi kuih dan slide kuih keluar dari acuan. Dah siap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Biskut Chocolate Chip Ala-ala Famous Amos. Persiapan raya anda pasti lengkap dengan Biskut ini.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.