Cara untuk membuat Kuih Buah Rotan / Bijan sebagai snek ringan anda sekeluarga.

Kuih buah rotan. Nak membuatnya senang. Bahan pun mudah untuk didapati. Boleh dijadikan sebagai snek ringan anda sekeluarga. Selamat mengunyah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Irhana Canella.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gram tepung pulut.
  • 1 Sudu besar tepung beras.
  • 1 cawan santan.
  • 1 cawan air. Jangan tuang semua. Tuang sikit-sikit dulu.
  • 1/2cawan gula.
  • 1 biji telur.
  • Sedikit air kapur makan.
  • Secubit garam.
  • Biji bijan secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masakkan gula dengan sedikit air. Kemudian masukkan sedikit garam dan sedikit air kapur makan dan sejukkan bila semua campuran dah larut.
  2. Campurkan semua bahan-bahan dalam tepung dan uli sampai ianya menjadi doh.
  3. Kemudian, bulatkan doh kecil-kecik dan gaulkanya dengan bijan.
  4. Peringatan, bulatkan saiz paling kecil sebab apabila digoreng doh akn menjadi kembang. Kalau terlalu besar masa menggoreng nnti tak masak sampai ke dalam dan akan menjadi liat.
  5. Goreng dengan api sederhana dan gorengkan sehingga garing dan berwarna keemasan.
  6. Akhir sekali, toskan minyak dah siap.
Baca juga :  Ada yang suka kuih ni tak? Ini cara untuk membuat Kuih Lompang Jagung untuk anda rasai sendiri kesedapanya!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.