Cara untuk membuat Kuih Talam Durian yang padu. Musim-musim durian ni boleh la cuba!

Assalamualaikum dan Selamat pagi. Kalau musim durian selalu jugk saya buat ni. Sedap dan pastinya puas hati. Jom la cuba resepi kepunyaan Iedaa Jahaya ni. Selamat semuanya ya.

Bahan untuk Lapisan atas:

  • 1 cawan durian. Blend sekejap bagi halus.
  • 1/2 cawan gula kastor.
  • 1 cawan tepung beras.
  • 2 sudu besar tepung kastad.
  • Sedikit garam.
  • Pewarna kuning.
  • 1 cawan santan pekat.
  • 1 1/2 cawan santan cair.

Cara untuk membuat lapisan atas:

  1. Panaskan dahulu pengukus kemdian sapu loyang 8″ dengan sedikit minyak dan alaskan dengan plastik.
  2. Campur semua bahan dan masak sekejap diatas api sederhana. Bila dah pekat sedikit baru tutup api.
  3. Tuangkan adunan tadi kedalam loyang dan kukuskan selama 25 minit. Pastikan air kukusan tidak menitik atas lapisan ye, balutlah tudung kukus tu dengan kain. 10 minit sekali angkat tudung kukusan untuk lepaskan wap.
  4. Bila dah masak cakar-cakarkan lapisan belah bawah.
Baca juga :  Cara untuk membuat Lala masak mentega bersama krim yang sangat padu.

Bahan untuk lapisan bawah:

  • 1 cawan tepung beras.
  • 3 sudu kecil tepung jagung.
  • 3 cawan santan iaitu 1 santan pekat dan 2 cawan santan cair.
  • Sedikit garam.
  • Telur 1 biji.
  • Esen vanilla 1 sudu kecil.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan kemudian tapiskan dan masukkan kedalam periuk.
  2. Masak menggunakan api sederhana dan pastikan ianya sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
  3. Bila dah pekat sedikit tutup api dan tuangkan keatas lapisan atas tadi. Kukuskan selama lebih kurang 25 minit. Pastikan air kukusan tak menitik diatas permukaan atas ya.
  4. Bila dah sejuk baru potong dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.