Resepi Cucur Udang Rangup dan paling puas hati. Memang merecik punya!

Iftar hari ni. Setahun sekali baru buat. Banyak tak rajin dari rajin. Insha Allah cucur udang ni tak berminyak walaupun guna yis & baking powder. silakan share resipinya. Respi ini telah dikongsikan oleh Puan Julia Aleen Aireish. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 20 ekor udang segar – saiz udang ikut citarasa.
  • 3 cawan tepung gandum.
  • 1 biji telur.
  • 1 sudu makan yis kering.
  • 1/2 sudu makan baking powder.
  • 1 sudu makan gula pasir.
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa.
  • 2 cawan air sejuk ais (agak-agak bancuhan tuang air sedikit-sedikit).
  • 1 mangkuk kucai.
  • 1 mangkuk taugeh.
  • 1 biji bawang besar – dihiris halus.
  • 1 mangkuk ikan bilis **.
  • 3 biji cili api **.
  • 1/8 sudu teh pewarna kuning atau serbuk kunyit.

Cara-caranya :

  1. Sebelum menggoreng rendam senduk di dalam minyak panas. Agak-agak sendiri minyak mesti banyak semasa menggoreng cucur udang nanti elok terapung, saya rendam lama lebih kurang 1 jam pasang api sederhana sahaja. Tips untuk elakkan tepung melekat. Part ini saya buat sambil menunggu adunan di perap. Jangan lupa, Udang perlu Cuci bersih, tapis toskan air udang supaya goreng nanti tidak meletop.
  2. Bahan bertanda ( ** ) tumbuk lumat.
  3. Kemudian satukan semua bahan di atas perap 1 jam.
  4. Ambil senduk yang panas letak sedikit bancuhan tepung ke dalam senduk letak udang segar di atasnya tekan sedikit udang supaya tidak mudah tertanggal semasa menggoreng.
  5. Masukkan ke dalam kuali, tenggelamkan senduk dan biarkan seketika di dalam minyak panas dan akan elok tanggal dengan sendiri dari senduk.
  6. Goreng hingga kuning keemasan, angkat toskan minyak.
  7. Sedia dihidang bersama dengan kuah kacang atau cili sos. Jom buat.
Baca juga :  Sedap rupananya Acar Nanas ni. Menu yang sangat Popular di Pantai Timur!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.