Cara untuk membuat Pulut guna Air Kelapa. Rahsia untuk menjadikan pulut anda sedap yang luar biasa!

Tanak pulut guna air kelapa muda, rahsia pulut sedap. Cara masak pun mudah guna rice cooker. Yg penting, tetap lembut & sedap. Pulut pun tak jadi berkerak. Sungguh enak dinikmati bersama ikan masin & kelapa parut. Jom cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Khadijah Jaafar.

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan beras pulut susu.
  • 2 cawan air kelapa muda.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sukat 2 cawan beras pulut. Kemudian, Basuh beras pulut hingga bersih.
  2. Masukkan air kelapa. Kalau tak de air kelapa, boleh ganti dengan air biasa sahaja. Tapi kalau guna air kelapa memang padu la pulut anda nanti! sedap berlemak dia lain macam tau.
  3. Kemudian, masaklah pulut seperti biasa dalan rice cooker. Bila pulut dah masak. Biarkan seketika ‘keep warm’ & siap. Sedap dimakan dengan kelapa parut & ikan masin. Dah siap!
Baca juga :  Kini anda boleh buat Ketupat Pulut Hitam pada bila-bila masa. Makanan yang sentiasa dekat dihati kita!

Selamat mencuba!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.